Monday, August 13, 2018

Perdebatan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan) 2018


Ucapan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa perdebatan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan) 2018 pada 13-Aug-2018

Saya bangun untuk menyertai perdebatan Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018.

Walaupun hanya 3 mukasurat, Rang Undang-undang ini penting kerana ia satu RUU kewangan yang melibatkan RM3 billion.

Menjelang 100 hari pemerintahan Pakatan Harapan, Kerajaan Pakatan Harapan telah terus membongkarkan isu 1MDB, GST refund credit, perbelanjaan RM8 billion untuk latihan khidmat negara dan satu kertas putih siasatan penyelewangan FELDA bakal dibentangkan sesi depan.

Saya meminta dasar tender terbuka, pematuhan terhadap SOP perintah kewangan, Cekap, Akauntabiliti dan Transparency perlu dijadikan satu budaya menggunakan dana awam.

Saya meneliti bahawa line item untuk latihan khidmat negara dan tata negara telah dialihkan dari Kementerian Pertahanan dan Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Belia dan Sukan.

Minggu lalu, saya telah menanyakan soalan lisan kepada Menteri Pertahanan tentang perbelanjaan akumulatif latihan khidmat negara sejak 2004 sehingga sekarang. Jawapan yang diberi oleh Menteri Pertahanan ialah RM8 billion di mana 43% dibelanjakan atas sewaan kem latihan.

Saya berpandangan terdapat ketirisan yang besar dalam program ini dan perlu dibuat rombakan besar.

Dalam Anggaran perbelanjaan Kertas Perintah 4/2018, peruntukan untuk line item latihan khidmat negara ialah 120 juta iaitu 25% daripada perbelanjaan tahunan latihan khidmat negara oleh kerajaan lama.

Saya meminta program latihan khidmat negara dan biro tata negara dirombak, dipakej semula dengan cara perlaksanaan yang baru.

Saya mencadangkan supaya Akta Latihan Khidmat Negara 2004 dimansuhkan pada sesi akan datang kerana ia telah berhenti berfungsi.

Tuan Speaker,
Saya tertarik dengan cadangan Tuan Speaker tentang Parlimen sebagai satu lawmaking institution dan bukan satu debating society. Saya setuju perlu ada satu rombakan tentang fungsi Parlimen dan antara lainnya menghidupkan semula Parliamentary Service Act. 

Rang Undang-undang ini tiada peruntukan khas line item untuk Parlimen, pejabat Speaker dan Timbalan Speaker. Saya meminta perkara ini dipertimbangkan untuk pembentangan budget pada sesi akan datang.

Saya juga berpandangan Public Accounts Committtee (PAC) juga perlu memainkan tugasnya supaya dana awam diuruskan dengan terib dan mengikut peraturan.
---------------











No comments: